Wednesday, August 29, 2007

Pustakawan masa kini

baru2 ini telah di lontarkan satu persoalan kepada saya mengenai kerjaya sebagai seorang pustakawan.....Adakah seorang pustakawan masih lagi relevan pada abad akan datang?....seorang budak berumur 8 tahun mampu memperolehi bahan/buku/maklumat hanya dengan melalui internet....
televisyen juga dikatakan akan pupus seiring dengan kerjaya pustakawan....siaran televisyen memang ada tapi semua melalui internet..... perpustakaan juga hanya melalui maya....
jadi bagaimanakah hendak menjawab soalan yang sebegini.....

pertama. kita faham dan yakin dengan kewujudan teknologi maklumat, perkembangan pesat yang ditunjukkan menjadikan ianya mempunyai pengaruh yang kuat bagi satu alat untuk mendapatkan maklumat. ianya memang di wujudkan bagi tujuan tersebut dan perkembangan dari masa kesemasa menjadikan alatan ini lebih baik dan cekap. dahulu kita memasukkan data kedalam komputer, tetapi kini sudah terdapat komputer yang mampu mengasimilasikan bahan untuk dikatalog sendiri...sebagai contoh sistem perolehan data pesanan yang telah banyak digunakan...hanya perlu masukkan tajuk bahan dan hasil bagi MARC rekod akan di keluarkan. perkara seperti ini sebenarnya menimbulkan keresahan kepada ramai pustakawan yang mengambil pilihan sebagai pegawai arkib dan juga pustakawan...tidak kurang juga bagi pustakawan yang cenderung kepada IT......pelbagai ketidakselesaan akan di pamerkan pada sebarang sistem baru yang dikatakan akan membantu urusan kerja mereka. mari kita lihat perpustakaan awam di singapura, bagaimana mereka menguruskan bahan untuk diproses. terdapat keseluruhan lebih 20 perpustakaan awam yang telah diwujudkan namun setiap bahan akan diproses oleh perpustakaan negara mereka. memang terlalu banyak bahan yang perlu mereka uruskan dengan ruang bangunan yg terhad serta sumber manusia yang benar2 perlu digunakan sepenuhnya. bahagian katalog hanya mempunya beberapa orng sahaja berbanding dengan jumlah buku yang diproses....mereka menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi dan melakukan proses kerja katalog dan agihan bahan ...memang agak menakjubkan dengan mesin seperti kilang pengeluaran dimana bahan/buku akan bergolek dan di angkut dengan menggunakan mesin berantai....jika dilihat pada rekabentuk bangunan juga begitu berlainan dengan bangunan perpustakaan di negara kita...seperti berada di komplek membeli belah dengan suasana air pancut dan taman di dalam bangunan...memang menawan.....
persoalan saya adalah untuk apa bangunan itu diwujudkan dan siapa pula yang akan mengisi jawatan2 kosong yang akan di tawarkan....perbezaan ketara jawatan pustakawan ini adalah masa kini kita perlu seiring dengan keperluan zaman....perpustakaan perlu nampak menarik dan boleh dijadikan kawasan tumpuan...malahan beg dan air minuman telah dibenarkan di bawa masuk. dengan teknologi sekuriti rfid dan cctv perkara kecurian dapat dihindarkan. jadi bagaimana pemikiran seorang pustakawan mengenai trend masa kini adalah begitu sinonim sekali. bukan sahaja cara bagaimana utk menyusun maklumat dan mendapatkannya tetapi perlu menjagkau lebih dari itu.

kedua. trend pengguna yang banyak bergantung kepada teknologi terkini dan bahan2 media yang lain selain bahan bercetak sangat memberangsangkan. pangkalan data atas talian semakin menjadi pilihan untuk di buat rujukan dan penilaian. sebut sahaja mengenai e-books, e-journals, e-learning, e-prints, dan berbagai jenis e- yang lain. bahan media bercetak yang belum ada e di awalnya di sarankan untuk ditukar juga untuk menjadi kelompok e- ini. bukan itu sahaja, segala bentuk penerangan, pamplet, bukutangan (handbook), risalah dll juga perlu dibuat dalam dua versi..bercetak dan tidak bercetak. malahan kini ianya perlu dihasilkan dalam bentuk multimedia dan berinteraktif. waima ini adalah perkara2 yang menjadi kebimbangan dan perlu sebagai pakej untuk menjadi pustakawan pada masa kini. oleh itu bagaimana dengan fungsi pustakawan disini...adakah perlu silibus menjadi pustakawan professional ini di tambah nilai kepada keperluan sebegini atau perlu ada jawatan IT (bukan pustakawan) masuk ke dalam perpustakaan. pupuskah pustakawan dan terpinggirkah kita kelak bilamana kemampuan kita telah terbatas. boleh jadi tugas kita akan terpencil hanya kepada tugas2 mengkatalog bahan yang juga telah sedikit demi sedikit mampu diuruskan oleh pembantu perpustakaan sahaja. dimanakah fungsi utama kita kelak. pecahan2 tugas ini jika kita perhatikan adalah meliputi juga tentang bagaimana mengurus perpustakaan. ini juga perlu untuk dijadikan satu nilai tambah kepada bakal2 pustakawan di luar sana.

ketiga. kekuatan yang ada pada seseorang pustakawan adalah imuniti mereka terhadap AACR2 (Anglo American cataloguing Rules) dan juga LCSH (Lib. of Congress Subject Heading) serta LCC (Lib....) serta beberapa lagi ketetapan untuk mengkatalog bahan. biarpun kita ada kekuatan dan senjata lain tetapi senjata yang ini adalah umpama pukulan maut bagi menangkis serangan. selalunya ini adalah senjata utama para pustakawan dalam menangkis segala serangan atau tekanan dari luar. selalunya para ahli akademik atau pihak pengurusan akan tewas bila senjata ampuh ini digunakan. mereka akan ternganga dan kagum bilamana kita menerangkan mengenai perlunya bahan di proses dan dinilai menggunakan senjata2 ini, hanya pustakawan sahaja yang boleh dan diberi autoriti untuk memproses bahan dan ahli professional lain tidak boleh dan tidak berkelayakan. kadang2 kita bercakap seperti seorang doktor pakar bedah yang hanya mampu untuk membedah dan tidak boleh di singgung oleh sesiapa. ini adalah senjata kita, cuma persoalannya adalah sampai bila kita perlu bergantung pada senjata ini. sebagai contoh baru-baru ini telah dilancarkan di salah sebuah IPTA tempatan, satu dasar akses terbuka dimana segala macam hasilan, nota, projek, kertas kerja, seminar dll berkaitan akan di kumpulkan dalam satu wadah (repository). ianya boleh diakses dimana sahaja dan oleh sesiapa malahan oleh kanak2 berumur 8 tahun itu tadi. ianya melibatkan satu projek yang besar yang membolehkan nama IPTA tersebut melonjak ke persada dunia. malahan satu2nya di Malaysia ketika ini. ianya melibatkan satu aplikasi dan platform serta pangkalan data yang memerlukan kepakaran dan pemerhatian. pustakawan terlatih pun tidak mampu untuk menguruskan aspek teknikal sedemikian. oleh itu ianya perlu diuruskan oleh organisasi yg mahir IT. namun apabila melihat pada medan rekod dan keperluannya, kepakaran pustakawan untuk mengkatalog adalah menjadi kepentingan utama. perbincangan dan perbahasan lanjut mendapati standard ini menjadi elemen penting bagi melayakkan agar setiap rekod yang dimasukkan seragam dan layak diiktiraf kualitinya. sekali lagi senjata utama ini telah berjaya menawan keperluan aplikasi ini dan menutup ruang kepakaran profesional yang lain.

keempat. pesonaliti dan persekitaran, seorang pustakawan yang baik dan terbilang serta cemerlang adalah seorang pustakawan yang mampu mengkatalog bahan sebanyak 20 buah tesis dan 15 buah buku sehari. duduk di celahan rak buku dan sentiasa tekun membelek AACR, LCSH, LCC dan lain2 bahan bantuan tanpa perlu mengangkat muka dan balik tepat pada masanya. definisi sebegini perlu penambahbaikan dan sedikit ruang untuk perkara lain. bidang tugas pustakawan bukan lagi hanya melihat jumlah bahan berjaya di katalog tetapi juga kebersamaan dengan organisasi lain atau yang berkenaan. jalinan dengan institusi luar serta persatuan kebajikan juga boleh memberi satu daya penarik kepada masyarakat luar mengenai wujudnya profesional yang berketrampilan dan berkebolehan. penonjolan diri ini adalah untuk mengekalkan integriti profession serta memberi kesedaran kepada umum kewujudan dan kesinambungan bagi kerjaya pustakawan. kita selalu tenggelam dan merasa terpencil bila di persada aktiviti akademik, biarpun kita dikalangan dan kelilingi oleh para ahlinya namun fungsi kita di lihat hanya sebagai pemangkin untuk mereka meningkat. oleh itu persada aktiviti di kalangan pustakawan sendiri perlu ditingkatkan dan sentiasa konsisten. biarpun pentas persada kita di ruang lingkup yang kecil tetapi setiap perkara yang baik pasti akan menjadi contoh dan ikutan serta mampu menjadi satu kesan impak yang besar kelak. Kita perlu ada profession yang meneliti ruang2 lain seperti IT, Multimedia, perniagaan, pengurusan, pentadbiran dll. oleh itu kita perlu menimba ilmu lain sebagai sandaran dan belajar lagi supaya tidak tenggelam di kalangan ahlinya. sebagai contoh. sebuah IPTA tempatan telah menilai profession pustakawan berdasarkan kepada nilai tambah itu tadi seperti pustakawan yang ada sarjana dalam IT, sarjana dalam perniagaan dan pentadbiran dan lain2 lg.
hasil dari aktiviti pustakawan juga telah menjangkau bukan hanya dalaman sahaja tetapi keluar seperti membantu membuat alih bahasa buku kepada braille, puppet show utk kanak2 spastik...ulasan buku di sekolah atau di organsasi dlaman, menajadikan sekolah luar bandar sebagai sekolah anak angkat dll lg. nilai tambah ini pastinya akan meninggalkan kesan dan mampu memalit perasaan senang pada profesion ini dan dengan sendirinya bukan sahaja menjadi promosi malahan menguatkan integriti profesion itu sendiri.

No comments: