Wednesday, August 29, 2007

Pustakawan masa kini

baru2 ini telah di lontarkan satu persoalan kepada saya mengenai kerjaya sebagai seorang pustakawan.....Adakah seorang pustakawan masih lagi relevan pada abad akan datang?....seorang budak berumur 8 tahun mampu memperolehi bahan/buku/maklumat hanya dengan melalui internet....
televisyen juga dikatakan akan pupus seiring dengan kerjaya pustakawan....siaran televisyen memang ada tapi semua melalui internet..... perpustakaan juga hanya melalui maya....
jadi bagaimanakah hendak menjawab soalan yang sebegini.....

pertama. kita faham dan yakin dengan kewujudan teknologi maklumat, perkembangan pesat yang ditunjukkan menjadikan ianya mempunyai pengaruh yang kuat bagi satu alat untuk mendapatkan maklumat. ianya memang di wujudkan bagi tujuan tersebut dan perkembangan dari masa kesemasa menjadikan alatan ini lebih baik dan cekap. dahulu kita memasukkan data kedalam komputer, tetapi kini sudah terdapat komputer yang mampu mengasimilasikan bahan untuk dikatalog sendiri...sebagai contoh sistem perolehan data pesanan yang telah banyak digunakan...hanya perlu masukkan tajuk bahan dan hasil bagi MARC rekod akan di keluarkan. perkara seperti ini sebenarnya menimbulkan keresahan kepada ramai pustakawan yang mengambil pilihan sebagai pegawai arkib dan juga pustakawan...tidak kurang juga bagi pustakawan yang cenderung kepada IT......pelbagai ketidakselesaan akan di pamerkan pada sebarang sistem baru yang dikatakan akan membantu urusan kerja mereka. mari kita lihat perpustakaan awam di singapura, bagaimana mereka menguruskan bahan untuk diproses. terdapat keseluruhan lebih 20 perpustakaan awam yang telah diwujudkan namun setiap bahan akan diproses oleh perpustakaan negara mereka. memang terlalu banyak bahan yang perlu mereka uruskan dengan ruang bangunan yg terhad serta sumber manusia yang benar2 perlu digunakan sepenuhnya. bahagian katalog hanya mempunya beberapa orng sahaja berbanding dengan jumlah buku yang diproses....mereka menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi dan melakukan proses kerja katalog dan agihan bahan ...memang agak menakjubkan dengan mesin seperti kilang pengeluaran dimana bahan/buku akan bergolek dan di angkut dengan menggunakan mesin berantai....jika dilihat pada rekabentuk bangunan juga begitu berlainan dengan bangunan perpustakaan di negara kita...seperti berada di komplek membeli belah dengan suasana air pancut dan taman di dalam bangunan...memang menawan.....
persoalan saya adalah untuk apa bangunan itu diwujudkan dan siapa pula yang akan mengisi jawatan2 kosong yang akan di tawarkan....perbezaan ketara jawatan pustakawan ini adalah masa kini kita perlu seiring dengan keperluan zaman....perpustakaan perlu nampak menarik dan boleh dijadikan kawasan tumpuan...malahan beg dan air minuman telah dibenarkan di bawa masuk. dengan teknologi sekuriti rfid dan cctv perkara kecurian dapat dihindarkan. jadi bagaimana pemikiran seorang pustakawan mengenai trend masa kini adalah begitu sinonim sekali. bukan sahaja cara bagaimana utk menyusun maklumat dan mendapatkannya tetapi perlu menjagkau lebih dari itu.

kedua. trend pengguna yang banyak bergantung kepada teknologi terkini dan bahan2 media yang lain selain bahan bercetak sangat memberangsangkan. pangkalan data atas talian semakin menjadi pilihan untuk di buat rujukan dan penilaian. sebut sahaja mengenai e-books, e-journals, e-learning, e-prints, dan berbagai jenis e- yang lain. bahan media bercetak yang belum ada e di awalnya di sarankan untuk ditukar juga untuk menjadi kelompok e- ini. bukan itu sahaja, segala bentuk penerangan, pamplet, bukutangan (handbook), risalah dll juga perlu dibuat dalam dua versi..bercetak dan tidak bercetak. malahan kini ianya perlu dihasilkan dalam bentuk multimedia dan berinteraktif. waima ini adalah perkara2 yang menjadi kebimbangan dan perlu sebagai pakej untuk menjadi pustakawan pada masa kini. oleh itu bagaimana dengan fungsi pustakawan disini...adakah perlu silibus menjadi pustakawan professional ini di tambah nilai kepada keperluan sebegini atau perlu ada jawatan IT (bukan pustakawan) masuk ke dalam perpustakaan. pupuskah pustakawan dan terpinggirkah kita kelak bilamana kemampuan kita telah terbatas. boleh jadi tugas kita akan terpencil hanya kepada tugas2 mengkatalog bahan yang juga telah sedikit demi sedikit mampu diuruskan oleh pembantu perpustakaan sahaja. dimanakah fungsi utama kita kelak. pecahan2 tugas ini jika kita perhatikan adalah meliputi juga tentang bagaimana mengurus perpustakaan. ini juga perlu untuk dijadikan satu nilai tambah kepada bakal2 pustakawan di luar sana.

ketiga. kekuatan yang ada pada seseorang pustakawan adalah imuniti mereka terhadap AACR2 (Anglo American cataloguing Rules) dan juga LCSH (Lib. of Congress Subject Heading) serta LCC (Lib....) serta beberapa lagi ketetapan untuk mengkatalog bahan. biarpun kita ada kekuatan dan senjata lain tetapi senjata yang ini adalah umpama pukulan maut bagi menangkis serangan. selalunya ini adalah senjata utama para pustakawan dalam menangkis segala serangan atau tekanan dari luar. selalunya para ahli akademik atau pihak pengurusan akan tewas bila senjata ampuh ini digunakan. mereka akan ternganga dan kagum bilamana kita menerangkan mengenai perlunya bahan di proses dan dinilai menggunakan senjata2 ini, hanya pustakawan sahaja yang boleh dan diberi autoriti untuk memproses bahan dan ahli professional lain tidak boleh dan tidak berkelayakan. kadang2 kita bercakap seperti seorang doktor pakar bedah yang hanya mampu untuk membedah dan tidak boleh di singgung oleh sesiapa. ini adalah senjata kita, cuma persoalannya adalah sampai bila kita perlu bergantung pada senjata ini. sebagai contoh baru-baru ini telah dilancarkan di salah sebuah IPTA tempatan, satu dasar akses terbuka dimana segala macam hasilan, nota, projek, kertas kerja, seminar dll berkaitan akan di kumpulkan dalam satu wadah (repository). ianya boleh diakses dimana sahaja dan oleh sesiapa malahan oleh kanak2 berumur 8 tahun itu tadi. ianya melibatkan satu projek yang besar yang membolehkan nama IPTA tersebut melonjak ke persada dunia. malahan satu2nya di Malaysia ketika ini. ianya melibatkan satu aplikasi dan platform serta pangkalan data yang memerlukan kepakaran dan pemerhatian. pustakawan terlatih pun tidak mampu untuk menguruskan aspek teknikal sedemikian. oleh itu ianya perlu diuruskan oleh organisasi yg mahir IT. namun apabila melihat pada medan rekod dan keperluannya, kepakaran pustakawan untuk mengkatalog adalah menjadi kepentingan utama. perbincangan dan perbahasan lanjut mendapati standard ini menjadi elemen penting bagi melayakkan agar setiap rekod yang dimasukkan seragam dan layak diiktiraf kualitinya. sekali lagi senjata utama ini telah berjaya menawan keperluan aplikasi ini dan menutup ruang kepakaran profesional yang lain.

keempat. pesonaliti dan persekitaran, seorang pustakawan yang baik dan terbilang serta cemerlang adalah seorang pustakawan yang mampu mengkatalog bahan sebanyak 20 buah tesis dan 15 buah buku sehari. duduk di celahan rak buku dan sentiasa tekun membelek AACR, LCSH, LCC dan lain2 bahan bantuan tanpa perlu mengangkat muka dan balik tepat pada masanya. definisi sebegini perlu penambahbaikan dan sedikit ruang untuk perkara lain. bidang tugas pustakawan bukan lagi hanya melihat jumlah bahan berjaya di katalog tetapi juga kebersamaan dengan organisasi lain atau yang berkenaan. jalinan dengan institusi luar serta persatuan kebajikan juga boleh memberi satu daya penarik kepada masyarakat luar mengenai wujudnya profesional yang berketrampilan dan berkebolehan. penonjolan diri ini adalah untuk mengekalkan integriti profession serta memberi kesedaran kepada umum kewujudan dan kesinambungan bagi kerjaya pustakawan. kita selalu tenggelam dan merasa terpencil bila di persada aktiviti akademik, biarpun kita dikalangan dan kelilingi oleh para ahlinya namun fungsi kita di lihat hanya sebagai pemangkin untuk mereka meningkat. oleh itu persada aktiviti di kalangan pustakawan sendiri perlu ditingkatkan dan sentiasa konsisten. biarpun pentas persada kita di ruang lingkup yang kecil tetapi setiap perkara yang baik pasti akan menjadi contoh dan ikutan serta mampu menjadi satu kesan impak yang besar kelak. Kita perlu ada profession yang meneliti ruang2 lain seperti IT, Multimedia, perniagaan, pengurusan, pentadbiran dll. oleh itu kita perlu menimba ilmu lain sebagai sandaran dan belajar lagi supaya tidak tenggelam di kalangan ahlinya. sebagai contoh. sebuah IPTA tempatan telah menilai profession pustakawan berdasarkan kepada nilai tambah itu tadi seperti pustakawan yang ada sarjana dalam IT, sarjana dalam perniagaan dan pentadbiran dan lain2 lg.
hasil dari aktiviti pustakawan juga telah menjangkau bukan hanya dalaman sahaja tetapi keluar seperti membantu membuat alih bahasa buku kepada braille, puppet show utk kanak2 spastik...ulasan buku di sekolah atau di organsasi dlaman, menajadikan sekolah luar bandar sebagai sekolah anak angkat dll lg. nilai tambah ini pastinya akan meninggalkan kesan dan mampu memalit perasaan senang pada profesion ini dan dengan sendirinya bukan sahaja menjadi promosi malahan menguatkan integriti profesion itu sendiri.

Klip Video Merdeka

MERDEKA!!!

Lipat Baju

Thursday, August 23, 2007

Tajassus (Memata-matai / menyelidiki aib orang)

Tidak percaya terhadap orang lain, menyebabkan seseorang melakukan perbuatan batin yang disebut su'uzh-zhan dan melakukan perbuatan badan yang berbentuk tajassus. Sedang Islam bertujuan menegakkan masyarakatnya dalam situasi bersih lahir dan batin. Oleh karena itu larangan bertajassus ini dibarengi dengan larangan su'uzh-zhan (berburuk sangka). Dan banyak sekali su'uzh-zhan ini terjadi karena adanya tajassus.

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang tidak boleh dinodai dengan tajassus dan diselidiki cacat-celanya, sekalipun dia berbuat dosa, selama dilakukan dengan bersembunyi. Kalau secara terang terangan menjadi kewajipan untuk kita menasihati bukan menyebarkan aib seseorang. Rasulullah s.a.w. menilai, bahwa menyelidiki cacat cela orang lain itu termasuk perbuatan orang munafik yang mengatakan beriman dengan lidahnya tetapi hatinya membenci. Kelak mereka akan dibebani dosa yang berat di hadapan Allah.

Dalam hadis Nabi yang diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Rasulullah s.a.w, pernah naik mimbar kemudian menyeru dengan suara yang keras: "Hai semua orang yang telah menyatakan beriman dengan lidahnya tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang-orang Islam dan jangan kamu menyelidiki cacat-cela mereka. Sebab barangsiapa menyelidiki cacat cela saudara muslim, maka Allah pun akan menyelidiki cacat celanya sendiri; dan barangsiapa yang oleh Allah diselidiki cacat celanya, maka Ia akan nampakkan walaupun dalam perjalanan yang jauh." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Maka demi melindungi kehormatan orang lain, Rasulullah s.a.w. mengharamkan dengan keras seseorang mengintip rumah orang lain tanpa izin; dan ia membenarkan pemilik rumah untuk melukainya. Seperti sabda Nabi: "Barangsiapa mengintip rumah suatu kaum tanpa izin mereka, maka halal buat mereka untuk menusuk matanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diharamkan juga mendengar-dengarkan bualan mereka tanpa sepengetahuan dan perkenannya. Sabda Nabi: "Barangsiapa mendengar-dengarkan bualan suatu kaum; sedang mereka itu tidak suka, maka kelak di hari kiamat kedua telinganya akan dituangi cairan timah." (Riwayat Bukhari)

Al-Quran mewajibkan kepada setiap muslim yang berkunjung ke rumah kawan, supaya jangan masuk lebih dahulu, sehingga ia minta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu masuk rumah selain rumah-rumah kamu sendiri, sehingga kamu minta izin lebih dahulu dan memberi salam kepada pemiliknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu, supaya kamu ingat. Maka jika kamu tidak menjumpai seorang pun dalam rumah itu, maka jangan kamu masuk, sehingga kamu diberi izin. Dan jika dikatakan kepadamu: kembalilah! Maka kembalilah kamu.

Yang demikian itu lebih bersih buat kamu, dan Allah Maha Menge tahui apa saja yang kamu kerjakan." (an-Nur: 27-28) Di dalam hadis Nabi, juga dikatakan: "Barangsiapa membuka tabir kemudian dia masukkan pandangannya sebelum diizinkan, maka sungguh dia telah melanggar suatu hukum yang tidak halal baginya untuk dikerjakan." (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)
Nas-nas larangan tentang tajassus dan menyelidiki cacat orang lain ini meliputi hakim dan yang terhukum, seperti yang diterangkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Mu'awiyah dari Rasulullah s.a.w. ia bersabda: "Sesungguhnya kamu jika menyelidiki cacat cela orang lain, berarti kamu telah merosakan mereka atau setidak-tidaknya hampir- merusakan mereka itu." (Riwayat Abu Daud dan ibnu Hibban).

Allahua'lam.

Thursday, August 16, 2007

sudoku (addicted game; please do not try)

Sudoku is a logic-based number placement puzzle. The objective is to fill a 9x9 grid so that each column, each row, and each of the nine 3x3 boxes (also called blocks or regions) contains the digits from 1 to 9. The puzzle setter provides a partially completed grid.
Completed Sudoku puzzles are a type of Latin square, with an additional constraint on the contents of individual regions. Leonhard Euler is sometimes incorrectly cited as the source of the puzzle, based on his work with Latin squares.[1]
The modern puzzle was invented by an American, Howard Garns, in 1979 and published by Dell Magazines under the name "Number Place".[2] It became popular in Japan in 1986, after it was published by Nikoli and given the name Sudoku, meaning single number.


Imej : Sketsa Keretapi


Klik pada gambar untuk saiz besar








Wednesday, August 15, 2007

Akhlak Berjamaah ( Berorganisasi )

1.3 : KOMITED DAN ISTIQAMAH
Keiltizaman ( komited ) pejuang terhadap aktiviti dan agenda perjuangan tanpa mengenal penat atau bosan dan keistiqamahan mereka menghadapi cabaran antara rahsia utama kekalnya perjuangan Islam. (sekalipun terpaksa melalui sejarah getir yang sangat panjang dan ianya menjadi prinsip asas seorang pejuang.)
Wasiat Baginda musthafa saw. kepada para pejuang menjelaskan prinsip tersebut [1]:

حَدِيثُ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَسْتَنُّونَ بِغَيْرِ سُنَّتِي وَيَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ نَعَمْ قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَا تَرَى إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ فَقُلْتُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ عَلَى أَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ *
( رواه البخاري و مسلم )

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya:
Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan ?

Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi:
Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggalah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian * Dua kekuatan asas perjuangan , iaitu iltizam ( komited ) dan istiqamah akan menjadi alasan kenapa kita ( BA ) tidak boleh ditewaskan malah semakin mantap mengharungi liku – liku perjuangan , sungguhpun konspirasi dan manipulasi musuh ( BN ) kian dholim dan kejam demi mempertahankan kuasa dan pengaruh mereka .

Justeru itu , pastikan setiap anggota dan kepimpinan parti / jamaah mempunyai nilai komitmen dan istiqamah yang tinggi . Keiltizaman dapat dinilai melalui kesungguhan menganjur dan menyertai aktiviti amal Islami di pelbagai peringkat parti / jamaah . Bersedia dikerah dan diarah untuk menjayakan agenda dan aktivitinya , bila dan dimana ia dianjurkan .
Mereka yang mempunyai komitmen bernilai tinggi akan berasa kesal dan berdosa tatkala gagal menghadhirkan diri dalam apa jua program atau aktiviti yang melibatkan dirinya untuk hadhir.
Aktiviti yang perlukan iltizam ( komitmen )

Antara contoh aktiviti / program yang memerlukan komitmen dari anggota dan kepimpinan :
· Mesyuarat Agong ( tahunan )
· Mesyuarat Ajk. ( bulanan )
· Usrah , tamrin atau seminar
· Taklimat pimpinan dan taklimat Isu semasa
· Majlis penerangan ( spt. ceramah umum )
· Majlis Ilmu , da’awah fardiyyah dan dialog gerakkerja
· Majlis muhasabah dan lain - lain aktiviti semasa yang diputuskan oleh parti / jamaah.[2]

Mengawasi ( متابعة ) jadual aktiviti/program dan rasa terpanggil untuk menyertainya adalah antara tanda awal bagi seorang pejuang memiliki komitmen yang tinggi terhadap perjuangan , justeru semua bentuk penglibatan dalam aktiviti amal Islami adalah merupakan suatu tuntutan . Firman Allah swt .

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنْ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلا قَلِيلٌ إِلا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ( التوبة 38 – 39 )

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang/berjuang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang/berjuang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Objektif untuk memiliki Istiqamah
· Menghayati peraturan dan arahan perjuangan ( jihad fi sabilillah ) yang terkandung di dalam Al Quranul karim dan Sunnah An nabawi
· Mengambil iktibar dari gerakan sirah perjuangan dan pengorbanan baginda saw. jua para sahabatnya rhm.
· Memahami matlamat serta arah tuju perjuangan yang didokong dan diperjuangkan .( jangka panjang dan jangka pendek )
· Menerima motivasi dan bimbingan yang berterusan dari pucuk pimpinan atau sahabat seperjuangan .
· Mengenali realiti dan menginsafi tuntutan perjuangan bagi mengisi keperluan jamaah dan ummah .
· Bertugas atau bekerja secara jamaei ( kolektif ) dengan memelihara asas kombinasi tenaga dan fikrah .
· Memiliki ilmu perjuangan dan kumpulan data maklumat untuk menyusun atau merangka gerakkerja bersistematik dan strategi yang efektif.
· Memahami tabiat atau sunnatullah bagi sebuah perjuangan yang ingin mendaulatkan syariat Ilahi dan menegakkan keadilan sejagat . [3]
[1] كتاب الإمارة : باب وجوب ملازمة جماعة المسلمين عند ظهور الفتن و في كل حال و تحريم الخروج على الطاعة و مفارقة الجماعة
[2] Komitmen anggota dan kepimpinan tidak terhad kepada kepada senarai di atas sahaja tetapi mestilah senantiasa bersedia untuk turun ke medan dalam apa jua bentuk aktiviti yang diputuskan oleh parti / jamaah termasuklah sanggup dan bersedia untuk jihad qitaliah ( perang ) jika parti, hukum dan suasana memerlukan sedemikian .
[3] Tabiat perjuangan kita , sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Allah swt melalui firmanNya dari surah At taubah , ayat 42 :
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمْ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوْ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) suatu faedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh dan dirasakan sukar bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

· Ayat di atas menggariskan 2 tabiat perjuangan iaitu Sukar dan Jauh sementara Firman Allah swt dalam surah Al Anfal , ayat 30 pula menjelaskan :
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
· Ayat ini menggariskan 3 tabiat perjuangan sepanjang zaman iaitu penjara , bunuh dan buang daerah .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi