Thursday, August 9, 2007

Hidup - 3 hari 2 nafas

Hidup - 3 hari 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3HARI:Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hariyang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kitapada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:Nafas Naik.Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik keranaudara yang disedut adalah pemberian Allah secara percumadan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang keduakerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuhbersama nyawa dan roh untuk meninggalkandunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :Hidup dalam keredhaan Allah.Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:Kekal di dalam neraka.Kekal di dalam syurga. Ingatlah kecelakaan neraka itu amatmengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kitakepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabilahilang salah satu daripadanya maka hilanglahia. Kelazatan dan kesejahteraan syurgaitu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita danuntuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itudan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayaibagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpamaseorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidakmempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikansolat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkansetem ...apabila ditanya bagaimana surat ituakan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkatasetemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:Dia mungkin didenda ... atau, suratnyamasuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinyabersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakankepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberiudara secara percuma untuk kita berzikirmengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalahkita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yangtenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalamkeadaan kita redha dan Allah meredhai. Semoga kita semua berbahagia + sejahterasenantiasa ... di dunia jua di akhirat kelakserta di dalam rahmat Allah s.w.t.

No comments: