Wednesday, September 19, 2007

Solat Berjemaah di Belakang Imam Berlainan Mazhab

Mendirikan solat-solat fardhu secara berjemaah tetap menjadi tuntutan utama dalam Islam sekalipun dalam suasana musafir. Adalah menjadi suatu disiplin dan prinsip tegas baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam untuk melaksanakan solat-solat fardhu secara berjemaah dan disiplin ini diteladani oleh Para Khalifahnya yang empat beserta lain-lain para sahabat, radiallahu-anhum. Keutamaan solat fardhu secara berjemaah diterangkan oleh sebuah hadith masyhur yang bermaksud: Solat berjemaah adalah 27 kali lebih tinggi kedudukannya daripada solat yang didirikan bersendirian.[1] Solat berjemaah harus diusahakan seboleh mungkin sekalipun bilangan orang adalah kecil, kerana solat bersendirian hanya akan membuka pintu-pintu gangguan syaitan Iblis, samada ketika solat mahupun di luarnya. Amaran Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Tidaklah 3 orang di suatu desa atau perkampungan yang tidak mendirikan solat sesama mereka melainkan syaitan akan menguasai mereka. Maka kalian harus berjemaah kerana serigala hanya akan memangsakan kambing yang liar berseorangan. Sesungguhnya serigala bagi manusia adalah syaitan, apabila hanya berdua lantas akan dimakannya (iaitu syaitan akan memangsakan manusia sebagaimana serigala memangsakan kambing-P).[2]

Mengingatkan kepada pesanan-pesanan serta sunnah teladan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tentang keutamaan solat-solat fardhu berjemaah, kita amatlah dituntut agar melaksanakan solat-solat fardhu secara berjemaah samada di perkampungan asal, dalam perjalanan atau apabila telah tiba ke destinasi. Dalam setiap suasana solat fardhu berjemaah tetap menjadi penekanan agama dan sesiapa yang mendokonginya akan memperoleh ganjaran manakala bagi yang meremehkannya hanya akan merugikan diri sendiri beserta umat umumnya.

Walaubagaimanapun apabila seseorang itu bermusafir dari satu benua ke benua yang lain, mendirikan solat secara berjemaah akan menimbulkan dua persoalan, iaitu:
Pertama - Apakah hukum solat di belakang imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan sah atau tidak solat, dan
Kedua - Bagaimanakah seharusnya seseorang itu mengikut imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan etika dan adab solat ? Kedua-dua persoalan ini akan dihuraikan berikut ini.

Pertama - Apakah hukum solat di belakang imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan sah atau tidak solat ?

Yang dimaksudkan dengan persoalan ini ialah umpama seorang makmum dari Mazhab Shafie yang bersolat jemaah di belakang seorang imam dari Mazhab Hanafi, di mana imam tersebut sebelum memulakan solat telah menyentuh seorang wanita dan dia (imam) tidak mengulangi wudhu'nya kembali. Dalam hal ini bagi Mazhab Hanafi menyentuh wanita tidaklah membatalkan wudhu' manakala bagi Mazhab Shafie, menyentuh wanita adalah membatalkan wudhu'. Maka bolehkah dan sahkan solat makmum tersebut di belakang imam itu ?
Contoh kedua ialah seorang makmum dari Mazhab Hanafi yang bersolat jemaah di belakang seorang imam dari Mazhab Shafie, di mana imam tersebut ketika berwudhu' hanya membasuh sebahagian kecil dari kepalanya. Dalam hal ini kaedah membasuh kepala bagi Mazhab Shafie adalah memadai dengan sebahagian kepala manakala bagi Mazhab Hanafi, syarat sah wudhu' adalah dengan membasuh keseluruhan bahagian kepala. Maka dalam contoh kedua ini, bolehkah dan sahkan solat makmum tersebut di belakang imam itu ?

Dalam kedua-dua contoh di atas atau dalam apa-apa situasi seumpama, para fuqaha berbeza pendapat mengenai status solat makmum tersebut, iaitu:

1. Ada di antara mereka yang berpendapat solat makmum adalah tidak sah kerana solat imam itu sendiri adalah tidak sah, kerana imam telah melakukan sesuatu yang membatalkan solat mengikut syarat-syarat mazhab makmum.
2. Sebahagian pendapat lain pula menyatakan bahawa makmum harus menerima syarat-syarat solat mazhab imam yang dikuti dalam jemaah tersebut dan selagi apa yang dilakukan oleh imam adalah sah berdasarkan mazhabnya maka sahlah juga bagi makmumnya, sekalipun antara imam dan makmum berbeza mazhab.[3]

Ketahuilah sebenarnya bahawa perbezaan-perbezaan yang wujud antara ajaran-ajaran Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang 4 ini hanyalah perbezaan kecil yang melibatkan hal-hal cabang, iaitu furuqiyyah. Ia bukanlah perbezaan yang melibatkan urusan aqidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama. Perbezaan antara mazhab muncul atas beberapa sebab yang sememangnya sukar untuk dielakkan, seperti beza tafsiran terhadap sesuatu dalil, atau beza anggapan terhadap kekuatan sesuatu hadith dan sebagainya. Ini semua adalah sesuatu yang lumrah lagi terbuka dalam agama dan ia adalah sesuatu yang sudah diterima umat sejak dari hari-hari pertama sejarah agama Islam ini lagi.

Oleh itu jikalau kita menyemak kitab-kitab sejarah para sahabat dan generasi-generasi selepas mereka, kita akan dapati mereka saling bersolat jemaah sesama mereka sekalipun terdapat perbezaan pendapat dalam beberapa hal furu' sesama mereka sendiri. Teladan ini didokongi oleh para Imam Mazhab sendiri. Contohnya Imam Ahmad bin Hanbali, yang dari anak-anak muridnya lahir Mazhab Hanbali, berpendapat bahawa seseorang yang sedang solat lalu berlaku pendarahan pada hidung, maka batallah solatnya itu kerana pendarahan hidung adalah salah satu dari hal yang menyebabkan batalnya wudhu'. Lain pula dengan pendapat Imam Malik bin Anas, yang dari anak-anak muridnya lahir Mazhab Maliki, beliau berpendapat pendarahan hidung itu tidaklah membatalkan wudhu'. Akan tetapi apabila di suatu ketika salah seorang dari anak murid Imam Ahmad bertanya kepadanya - apakah hukum solat di belakang imam yang tidak memperbaharui wudhu' apabila berlaku pendarahan hidung, Imam Ahmad menjawab: Adakah patut aku enggan bersolat di belakang Imam Malik dan Sa'id ibnu Musayyib ? [4]
Jawapan Imam Ahmad di atas jelas menunjukkan bahawa perbezaan pendapat antara dirinya dan Imam Malik tidak menjadi penghalang bagi dia untuk tetap bersolat jemaah di belakang Imam Malik atau para pengikut mazhab Maliki.
Demikianlah sepatutnya teladan yang kita contohi, iaitu tetap berjemaah sekalipun timbul perbezaan mazhab antara makmum dengan imam ikutan solat jemaah. Perbezaan yang timbul antara ajaran mazhab tidak sepatutnya menjadi batu penghalang bagi kita umat Islam dari bersatu berjemaah mendirikan solat menghadap Allah Subhanahu waTa'ala. Lebih dari itu solat berjemaah antara sesama mazhab yang berbeza dapat menjauhkan sikap taasub dan fanatik mazhab yang hanya akan memecah-belahkan umat kepada kumpulan-kumpulan mazhab masing-masing. Bukankah solat berjemaah itu sendiri merupakan salah satu dari lambang kesatuan umat Islam, dan mengasingkan diri kepada jemaah mazhab tersendiri sahaja merupakan satu lambang perpecahan umat ?

Hujah penerangan di atas adalah berasaskan kepada kesimpulan yang dibuat oleh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, seorang tokoh fiqh Islam mutakhir, di mana setelah beliau mengupas dan menghurai pendapat setiap mazhab dalam persoalan ini, beliau menulis: Dengan itu bersembahyang di belakang orang yang berlainan dalam persoalan furu' atau cabang mazhab adalah sah dan tidak makruh. Ini kerana pengambilan kiraan dilihat kepada mazhab imam, kerana para sahabat dan tabi'in serta angkatan selepas mereka sering berjemaah sesama mereka sedangkan terdapat perselisihan sesama mereka dalam perkara-perkara furu'. Perbuatan mereka ini dikira sebagai ijma'. Dengan memegang pendapat ini juga akan luputlah kesan-kesan kefanatikan mazhab.[5]

Oleh itu dibolehkan seseorang makmum itu bersolat di belakang seorang imam yang berbeza mazhab dengannya, sekalipun imam tersebut telah melakukan sesuatu perkara yang menyalahi syarat mazhab ikutan si-makmum. Asal sahaja imam ikutan itu melakukan sesuatu yang sah dalam lingkungan mazhab pegangannya, maka sahlah solatnya dan sahlah juga solat para makmum yang mengikutinya.

Kedua - Bagaimanakah seharusnya seseorang itu mengikut imam yang berlainan mazhab, di mana perbezaan mazhab tersebut melibatkan hal-hal yang berkaitan etika dan adab solat ?

Antara perbezaan yang dimaksudkan dalam persoalan kedua ini ialah solat di belakang imam yang menyebut Basmalah secara perlahan ketika membaca surah al-Fatiha dalam solat fardhu Subuh, Maghrib, Isyak, dan solat di belakang imam yang tidak membaca doa qunut ketika solat fardhu Subuh. Maka dalam persoalan ini adakah seorang makmum itu mengikut sahaja perbuatan imam atau adakah dia melakukan apa yang dituntut mengikut mazhabnya sendiri ?
Penjelasan bagi soalan ini mirip kepada penjelasan bagi persoalan pertama di atas, iaitu seseorang makmum itu harus sahaja mengikut perbuatan-perbuatan solat imam ikutannya itu sekalipun terdapat perbezaan mazhab antara imam tersebut dan diri makmum. Sekali lagi dinyatakan, perbezaan ajaran mazhab tidak boleh dijadikan faktor penghalang bagi umat Islam solat berjemaah bersama-sama. Oleh itu jikalau seseorang itu solat di belakang imam yang tidak membaca doa qunut, maka dia juga tidak membaca doa qunut, dan jikalau seseorang itu solat di belakang imam yang membca doa qunut, maka dia juga perlu ikut membaca doa qunut. Walauapapun perbezaan ajaran mazhab antara makmum dan imam, imam tetap berfungsi sebagai pemimpin solat yang diikuti. Mengikut dengan tepat pimpinan imam solat jemaah dan bertoleransi dalam perbezaan hal-hal furuqiyyah adalah suatu kesepakatan kesemua mazhab Ahli Sunnah yang empat.

Hal ini dibuktikan oleh sejarah, apabila Imam Shafie, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah serta anak-anak murid mereka generasi ke generasi, semuanya turun ke Kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah haji mereka, padahal imam-imam di kedua-dua masjid kota suci tersebut, Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi adalah terdiri dari anak-anak murid Imam Malik binAnas, iaitu bermazhab Maliki. Akan tetapi perbezaan mazhab sebegini tidak menghalang mereka dari bersolat jemaah bersama-sama, sekalipun terdapat perbezaan dalam etika solat seperti bacaan Basmalah dan bacaan doa qunut Subuh antara keempat-empat mazhab tersebut.[6]
Dilarang serta ditegah dari melakukan sesuatu pergerakkan solat yang berbeza dengan imam semata-mata kerana perbezaan mazhab antara imam dan jemaah. Antara perbezaan yang dimaksudkan ialah pembacaan doa qunut ketika menunaikan solat fardhu Subuh. Apabila kita berjemaah di belakang imam yang membaca doa qunut maka hendaklah juga kita ikut membacanya dan apabila kita berjemaah di belakang Imam yang tidak membaca doa qunut, seperti Imam dari Mazhab Hanafi atau Hanbali, maka hendaklah kita turut tidak membacanya.

Ini adalah berdasarkan perintah yang jelas dari baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang melarang para jemaah melakukan sesuatu pergerakkan solat yang berbeza dengan imam yang mereka ikuti. Perintah beliau: Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia rukuk, maka rukuklah. Apabila dia membaca 'SamiAllahuliman Hamidah' maka katalah 'Rabbana lakal Hamduh' . Apabila dia sujud, maka sujudlah. Dan apabila dia solat duduk maka bersolat duduklah kamu semua (dalam jemaah). Dan luruskanlah barisan saf dalam solat (jemaah) kerana sesungguhnya saf yang lurus adalah tanda kesempurnaan solat (jemaah).[7]

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bukan sahaja melarang perbuatan solat yang berbeza dengan imam, tetapi juga melarang seseorang itu daripada melakukan sesuatu perbuatan solat yang tidak seragam dan semasa dengan imam yang sedang diikuti. Dua hadith berikut memberikan amaran serta ancaman berat kepada seseorang makmum yang tidak mengikut dengan tepat dan seragam akan imam solatnya:
[01] Abu Hurairah radiallahu-anhu berkata bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak takutkah salah seorang dari kalian apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk dan sujud sebelum imam, (lalu) Allah akan menjadikan kepalanya (seperti) kepala keldai atau Allah akan menjadikan bentuknya (seperti) bentuk keldai ? [8]

[02] Abu Hurairah radiallahu-anhu berkata bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Orang yang menurun dan mengangkat sebelum Imam, sesungguhnya ubun-ubun kepalanya berada di tangan syaitan (dipimpin oleh syaitan).[9]

Nah ! Perhatikanlah kedua amaran di atas. Jikalau pergerakkan solat yang tidak seragam dengan imam sudah diancam dengan sebegitu berat, maka bagaimana pulakah dengan sesuatu pergerakkan solat yang sengaja dilakukan bertentangan dengan imam ? Sudah tentu juga tidak boleh. Oleh itu janganlah seseorang makmum itu melakukan apa-apa perbuatan solat yang berbeza dengan imam ikutannya. Ini termasuklah etika pembacaan doa qunut dalam solat fardhu Subuh, di mana telahpun diterangkan sebelum ini bahawa terdapat perbezaan pendapat sesama mazhab akan hukum pembacaannya. Akan tetapi perbezaan ini tidaklah seharusnya mendorong seseorang jemaah itu daripada berlaku beza dengan imam ikutannya dalam solat berjemaah.
Tiga hadith terakhir di atas jelas lagi nyata bagi menerangkan adab-adab solat berjemaah - iaitu tetap selari dan seragam dengan imam ikutan.

Diketahui penulis bahawa ada segelintir pendapat yang menyuruh seseorang itu untuk tetap membaca doa qunut Subuh apabila bersolat jemaah di belakang imam yang tidak membacanya. Pendapat ini juga sering diajar kepada para jemaah kita yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, di mana mereka disuruh untuk tetap 'menyelitkan’ bacaan doa qunut apabila imam sedang iktidal, sebelum turun ke posisi rukuk (Para imam di Arab Saudi tidak membaca doa qunut Subuh). Pendapat ini mengikut analisa penulis adalah sangat tidak tepat lagi menyalahi sunnah-sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam etika dan adab solat berjemaah.
Justeru apabila seorang makmum mengikut imam yang berlainan mazhab dalam solat jemaah, hendaklah dia mengikut setiap tatacara dan etika solat imam tersebut, sekalipun perbuatan imam itu tidak menepati ajaran mazhab makmum. Sikap sebegini adalah merupakan dasar manhaj para imam mazhab yang empat dan ia paling menepati tujuan serta objektif pensyari'atan solat berjemaah itu sendiri.

Kesimpulan
1. Dibolehkan solat di belakang imam yang berlainan mazhab sekalipun imam tersebut telah melakukan sesuatu perkara yang menyalahi syarat mazhab ikutan si-makmum.
2. Hendaklah tetap mengikuti tatacara solat imam ikutan sekalipun ia tidak menepati tuntutan mazhab pegangan makmum.

[1] Maksud hadith dari Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhuma, riwayat Imam Bukhari dan Muslim, al Lu' Lu' wal Marjan - no: 0381.
[2] Maksud hadith dari Abu Darda radiallahu-anhu, riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, dengan tambahan baris terakhir oleh Imam ar-Ruzain; hadith dinilai hasan oleh Shaikh Nasiiruddin Albani dalam as-Sahih at-Targhib wat Tarhib lil Mundziri, 1/244.
[3] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/201 , Shaikh AbdulRahman al-Jaziri - al-Fiqh 'alal Madzahibil Arba'ah, 2/110.
[4] Kisah dikemukakan oleh Prof. Taha Jabir al-'Alwani dalam The Ethics of Disagreement in Islam, pg 92. Imam Sa'id ibnu Musayyib adalah juga salah seorang tokoh ilmuan di zaman awal Islam, meninggal dunia pada tahun 94H.
[5] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/201.
[6] Prof. Taha Jabir al-'Alwani - The Ethics of Disagreement in Islam, pg 92-93.
[7] Maksud hadith daripada Abu Hurairah radiallahu-anhu, Sahih Bukhari - no: 0722.
[8] Maksud hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim, al Lu' Lu' wal Marjan - no: 0247.
[9] Maksud hadith riwayat Imam al-Bazzar dan ath-Thabrani, dinilai sebagai hadith hasan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami dalam Majma az-Zawaaid, 2/78.

A Ramadan headache?


If this time of spiritual reflection is spoilt by headaches, take the following advice from headache specialist Dr Elliot Shevel to heart.

Take action
:
To prevent caffeine-withdrawal headache,

  • Reduce caffeine consumption in the weeks preceding the month of Ramadan and drink a cup of strong coffee just before the start of the fast (sahur) for the day;
  • Eat a meal with a low sugar content before the fast to prevent a sudden spike and subsequent drop in blood sugar levels;
  • Drink enough fluid before the onset of the fast to prevent dehydration;
  • Try to avoid stress;
  • Get enough sleep.

Tuesday, September 11, 2007

Allergic to additives?

Does your throat become scratchy when you have a cold drink? Or your chest become wheezy when you eat dried fruit? Sulphur dioxide, sodium benzoate and tartrazine are well-known allergenic additives that may be to blame for these symptoms.
Take action:Avoid the following foods:

  • fruit juices and dried fruit, which are treated with sulphur dioxide to prevent oxidation.
  • food which are also preserved with sulphur.
  • beer and wine
  • pickles
  • certain sauces

hamburger patties

Make a point of reading food labels to check for these additives.

Allergic to food additives?
Ask the majority of people what food additives are, and they'll reply: "Preservatives added to food that cause allergies!" There are two things wrong with this answer.
Food additives include a whole range of compounds such as food colourants and flavourants, as well as preservatives. The second misconception is the belief that all food additives cause allergic reactions.
It is true that there are certain individuals who are allergic to one or more compounds that are added to foods and beverages during food processing. The incidence of this type of allergy is, however, not as common as many people think.

Why do we need food additives?
The addition of certain chemicals to foods and drinks is certainly not a recent development. People have been adding salt, vinegar and saltpetre to foods and meat in particular, for centuries to prevent spoilage. Sugar is another flavourant and preservative that has been in use since biblical times.
Food additives are added to food and beverages to enhance or improve their taste, aroma, colour, texture, or appearance, and to preserve the products.
The vast majority of food additives are perfectly harmless (e.G. vinegar, salt, sugar, citric acid, vitamin C, vitamin E etc.) and do not cause allergic reactions.

Food additives and the media
Food additives are, however, a popular subject in the media and make great headlines such as "MSG causes blindness" or "Tartrazine - the yellow peril!"
While some people do suffer from true allergic reactions or sensitivity to food additives, research indicates that the general incidence is only about 0,12% to 2% of the population.

Preservatives
a) Sulphites
Sulphites include sulphur dioxide, sodium sulphite and potassium metabisulphite. Sulphites are added to processed foods, fruit juice concentrates, wine and certain pharmaceutical products.
If a sulphite-allergic individual ingests a food or beverage treated with sulphite, he or she may develop acute bronchospasm (difficulty with breathing), chronic urticaria (skin rash) or even life-threatening anaphylactic reactions (such as swelling of the face and throat which may cause asphyxiation).

B) Benzoates and parabens
These preservatives include sodium benzoate, benzoic acid and methyl-paraben, which are used to prevent spoilage of foods caused by yeasts, fungi, bacteria and other microorganisms.
Symptoms of benzoate or paraben allergy include: angio-oedema (swelling of the face), urticaria (skin rash), asthma, rhinitis (runny nose, hay fever symptoms).
Some foods contain natural benzoates, namely cinnamon, tea and berries.

C) Nitrates
These preservatives are mainly used to cure and preserve meat products giving them an attractive red colour. Most processed meats such as ham, bacon, sausages, cold meat cuts, and Viennas may contain nitrates.
Symptoms of nitrate allergy: asthma, urticaria and rhinitis.

Flavourants
a) Monosodium glutamate (MSG)

MSG is not really a flavourant, but rather a so-called 'flavour enhancer' (I.e. it brings out the flavour of other flavourants). MSG has been accused of causing every type of allergic reaction and a vast array of other conditions, including multiple sclerosis, blindness, yuppie flu, and hyperactivity.
Research results indicate that MSG sensitivity or allergy is relatively uncommon, only occurring in about 0,2% of the general population.
In sensitive individuals MSG can trigger asthma attacks and some individuals may develop 'Chinese Restaurant Syndrome'. The latter syndrome includes a burning feeling in the chest, neck pain and flushing, headaches and rapid heartbeat.
The jury is still out about the actual role of MSG in Chinese Restaurant Syndrome because anyone eating at a Chinese restaurant could ingest a wide variety of potential allergens, such as fish, peanuts, soya and other beans, nuts etc. The present finding is that a sensitive individual who eats a large amount of glutamate in the form of MSG and soy sauce on an empty stomach may develop Chinese Restaurant Syndrome symptoms.
Glutamates also occur widely in common foods such as soya products, tomato, cheese, and even human breast milk. A person with a true (not imagined) glutamate sensitivity should take note of this fact and also avoid all glutamate-containing foods, namely:

  • cheeses, especially Parmesan, Emmenthal, Roquefort, Cheddar and Camembert
  • eggs, chicken, duck
  • beef, pork and cured ham, mackerel
  • peas, maize or corn, onions, spinach, tomatoes, cabbage, Chinese cabbage, broccoli, green asparagus, mushrooms and grape juice

Be careful of foods that are labelled 'Free of MSG' or 'No added MSG' if you are sensitive to MSG or glutamates, as such foods may still contain naturally-occurring glutamates and trigger your allergy.
Foods containing MSG list this additive on their labels so it should be relatively easy to avoid ingesting MSG, but then you still have all the foods that contain glutamate to look out for.

B) Tartrazine
This yellow colourant, which is used widely in foods, beverages and pharmaceutical products, may cause skin rashes (urticaria) and trigger hyperactivity in susceptible children. According to AS law, all foods that contain tartrazine must state 'Contains Tartrazine' on the label, so that individuals who are allergic or sensitive to this colourant can avoid these products.

If you have been diagnosed with an additive sensitivity or allergy, it is important for you to read food labels carefully and avoid processed food that contains the specific additive that you are allergic to. The only exceptions are MSG or glutamate allergy where patients must also avoid foods that contain natural glutamate as listed above, and benzoate allergy patients who need to cut out cinnamon, tea and berry fruits. – (Dr Ingrid van Heerden, DietDoc)

Monday, September 10, 2007

Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Oleh : Mufti Perlis
Adab-adab berhubung dengan ibadat mestilah merujuk kepada apa yang ditunjuk ajarkan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ada sebahagian pihak yang cenderung untuk mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana itu boleh mengurangkan keletihan dan sekaligus menghilang kelebihan puasa.
Sedang di dalam hadith yang sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
قَالَ الَّذِي حَدَّثَنِي لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَرْجِ يَصُبُّ الْمَاءَ عَلَى رَأْسِهِ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ
“Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas”. Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas”.(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Apa yang penting di dalam bulan Ramadhan ini adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang iaitu al-Quran atau al-Sunnah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadith:

Pertama: Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadith-hadith yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`d; Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadith ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunnah Nabi s.a.w. baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata al-Tibi (meninggal 743H): “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ianya menyanggahi ahli bid`ah yang berpendapat wajib melewatkannya. (al-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

Kedua: Berbuka Puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ianya kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ianya mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadith daripada Anas katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahamd dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadith ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).
Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadith ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak.
Ini kerana ianya menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).
Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunnah Nabi s.a.w.

Ketiga: Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air; sekiranya makanan belum dihidangkan.
Hadith yang kita nyatakan di atas menunjukkan baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadith-hadith baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قُدِّمَ الْعَشَاءُ فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلَاةَ الْمَغْرِبِ وَلَا تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ianya sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadith yang lain daripada `Abd Allah bin `Umar, baginda s.a.w. bersabda: \
إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَابْدَءُوا بِالْعَشَاءِ وَلَا يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Riwayat di atas juga menambah:
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُوضَعُ لَهُ الطَّعَامُ وَتُقَامُ الصَّلَاةُ فَلَا يَأْتِيهَا حَتَّى يَفْرُغَ وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قِرَاءَةَ الْإِمَامِ
“Bahawa Ibn `Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sedang beliau mendengar bacaan imam”.
Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadith-hadith tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).
Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut: “Hadith tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat maghrib. Namun ianya juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk. (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).
Malangnya ada di kalangan yang kurang faham lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jamaah. Inilah kedangkalan meneliti hadith-hadith Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.
Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabah) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jamaah. (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

Keempat: Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepat dengan firman Allah S.W.T.
(maksudnya) “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebih. Sesungguhnya Dia tidak sukakan orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31).
Di dalam hadith baginda s.a.w. menyebut:
مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertga untuk pernafasan. (Riwayat al-Tirmizi, katanya: hadith ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadith ini hasan).
Hadith ini telah salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadith ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksima. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
Kelima: Berdo`a ketika berbuka. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w.:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, do`a yang tidak ditolak ketika dia berbuka. (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur‘ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
Maka kita boleh berdo`a dengan apa sahaja do`a yang kita hajati. Do`a orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan dari kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut: Hadith di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggunjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota” (Faidh al-Qadir, 2/500).
Di sana ada do`a yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
“Adalah RasululLah s.a.w apabila berbuka, baginda bersabda: “Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insyaAllah”. (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)
Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya hendaklah merebut peluang do`a yang makbul ketika dia berbuka.
Keenam: Berdo`a kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ إِلَى سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَجَاءَ بِخُبْزٍ وَزَيْتٍ فَأَكَلَ ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Sa`ad bin `Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: “Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ianya sahih 5/158).
Maka berdo`alah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.Demikian saya senaraikan antara adab-adab yang terkandung di dalam sunnah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semuga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

Thursday, September 6, 2007

Mandi & Khasiatnya

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuanuntuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan
ketegangan otot di dalam badan kita. Selain itu mandi juga di dapati boleh menjauhkan
diri dari jangkitan kuman dan parasit di sekeliling kita.

Air dipercayai mempunyai khasiat yang dapat menghilangkan stress dan menyegarkan badan.
Ia juga melibatkan kepada kulit dan otot kita. Selain itu air juga di percayai dapat mengurangkan
tekanan di dalam paru-paru, jantung, perut dan sistem kelenjar badan.

Terdapat berbagai kaedah mandian selain mandian biasa yang boleh di praktikan iaitu mandian
sauna, jakuzi dan mandian haruman dan bunga-bungaan.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicinemenunjukkan penderita penyakit diabetes yang menghabiskan masa selama setengahjam berendam dalam air suam dapat menurunkan paras gula dalam darah sekitar13 peratus. Manakala Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam
air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk kaum lelaki.

Mandian dengan air panas dan diikut dengan mandian air sejuk di percayai dapat meransang
kesihatan badan dan minda kita. Selain itu mandian dengan air panas di dapati mengurangkan
aktiviti organ dalaman badan manakala mandian dengan air sejuk pula dipercayai meningkatkan
aktiviti organ dalaman badan.
Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat mandian untuk diamalkan.

Mengeluarkan racun dan toksin dalam badan:
Mandi dalam air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius dapat
membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin.

Berendam didalam air panas pula dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah,
menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat
berfungsi dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Mandian air sejuk pula sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan saluran darah dan meningkatkan pula paras gula darah.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan
menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) kedalam air mandian. Ia bertindak sebagaiantiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduksehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan
menyegarkan kembali kaki yang keletihan. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titisminyak pati seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas itu basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia (Sukar Tidur)
:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah
insomnia atau memiliki masalah sukar untuk tidur. Masukkan kaki kedalam air sehingga ia merasa dingin.
Perubatan ini berguna bagi kaki letih, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Why Drink Coconut water?


Coconut Water contains organic compounds possessing healthy growth promoting properties that have been known to help:

  • Keep the body cool and at the proper temperature
  • Orally re-hydrate your body, it is an all natural isotonic beverage
  • Carry nutrients and oxygen to cells
  • Naturally replenish your body's fluids after exercising
  • Raise your metabolism
  • Promote weight loss
  • Boost your immune system
  • Detoxify and fight viruses
  • Cleanse your digestive tract
  • Control diabetes
  • Aid your body in fighting viruses that cause the flu, herpes, and AIDS
  • Balance your PH and reduce risk of cancer
  • Treat kidney and urethral stones
  • Boost poor circulation

Wednesday, September 5, 2007

Protect your kids from toxins

Today’s children are exposed to a more toxins than any generation in history. But there are ways to lighten their ‘chemical load’:
Public enemy no.1: tobaccoMake your home a strict smoke-free zone, and keep your kids away from any smoky environment. There is no question that second-hand, environmental or 'passive' tobacco smoke is a health hazard, and it’s absolutely unacceptable to light up around children.
If you have kids and still smoke, you may want to add the following to your list of reasons to kick the habit: there’s even evidence that smoke from people having a cigarette immediately outside a building can still find its way indoors; also, smokers carry toxins inside on their clothes.
Good habit No.1: hand-washingTeach children to wash their hands frequently, especially before eating, and explain why. Discourage them from putting dirty fingers in their mouths and noses.
It’s also not a good idea to have kids wander around with food – they tend to put it down on dirty surfaces and then back in their mouths.
Don’t swop dirt for toxinsIt really is possible to keep your home clean using fewer, and less toxic, cleaning products. Check supermarket shelves and health stores for environmentally friendly alternatives. (As a good rule of thumb, if it’s better for the environment then it’s better for you too.)
Consider making greater use of hot (just boiled is best) water and steam cleaners. The sun is also a potent disinfectant, so let it shine in, and give your cleaning sponges, cloths, brushes etc. regular exposure to it. Microwaving sponges also disinfects them well – they need to be wet and microwaved on high for two to four minutes.
Pesticides don’t harm just pestsDo you really hate insects that much? OK, maybe you do, but keep in mind that pesticides are likely to be far more of a health threat than the average household arthropod. Cockroaches, for example, are not a health risk except in a few cases where they can trigger asthma.
Instead of reaching for a can of Armageddon, remember there are other options: mosquito screens and netting, and simply keeping your house scrupulously clean of all food scraps and residues.
Keep the bad stuff outsideShoe-soles bring toxins and dirt from the outdoor urban environment onto the floors where children play, so swap your shoes indoors for socks, bare feet or slippers, and have a doormat that gets used and cleaned regularly.
Control dust and debris levels at home, and keep play areas and toys clean and washed regularly. Wet-wiping floors and surfaces may be a better option than vacuuming, if you have an old vacuum cleaner that tends to blow the dust about. Dust on the ground is a lot better than dust airborne, where it can be inhaled and swallowed after settling on food, hands and surfaces.
Keep on the grassPlaying on grass is generally better than soil or dusty surfaces. Planting over bare patches is preferable too: it keeps the sand in place and helps dilute toxins in the soil.
In general, keep kids away from busy roads and industrial areas whenever possible. You should be particularly diligent about avoiding these environments too if you’re pregnant. When choosing a new residence, or school, the level of pollution in the area and the proximity to industry should feature in your final decision.
What about plastic?Plastics are so ubiquitous it's impractical to try to avoid them - and in many cases unnecessary. It's a good idea to follow this rule though: avoid heating food or drinks in plastic containers. When heated, some plastics leach toxins that may contribute to problems like reproductive and hormaonal disorders and cancer in the long term.
Plastic water bottles are fine, and fine to re-use a few times, but rather don’t wash them in very hot water, as this might cause some breakdown of the material.
Arm them with sound nutritionA nutritious diet, rich in a variety of fruits, vegetables, grains and low-fat dairy helps prevent toxins, like lead, from being absorbed into the body, and strengthens your child’s immune system.
Certain toxins build up in fatty animal tissues, so cut down on high-fat animal foodstuffs. Choose low-fat or fat-free dairy products, remove fat from meat and choose lean cuts. You can provide more of your children's protein needs by substituting grains, pulses and nuts.
The less processed foods are, apart from being less nutritious, the less likely they are to contain unnecessary, and potentially unhealthy additives.
Go organic. At least occasionally. It’s expensive, but certified organic foods are grown without pesticides and herbicides.
Get tested.Consider having your water and painted surfaces tested for lead, particularly if you live in an older home. And, if you’re concerned that your child may have been exposed to lead or another specific toxin, ask your doctor about tests to check toxin levels.
Source @ - Olivia Rose-Innes, EnviroHealth, Health24, February 2007