Thursday, September 6, 2007

Mandi & Khasiatnya

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuanuntuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan
ketegangan otot di dalam badan kita. Selain itu mandi juga di dapati boleh menjauhkan
diri dari jangkitan kuman dan parasit di sekeliling kita.

Air dipercayai mempunyai khasiat yang dapat menghilangkan stress dan menyegarkan badan.
Ia juga melibatkan kepada kulit dan otot kita. Selain itu air juga di percayai dapat mengurangkan
tekanan di dalam paru-paru, jantung, perut dan sistem kelenjar badan.

Terdapat berbagai kaedah mandian selain mandian biasa yang boleh di praktikan iaitu mandian
sauna, jakuzi dan mandian haruman dan bunga-bungaan.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicinemenunjukkan penderita penyakit diabetes yang menghabiskan masa selama setengahjam berendam dalam air suam dapat menurunkan paras gula dalam darah sekitar13 peratus. Manakala Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam
air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk kaum lelaki.

Mandian dengan air panas dan diikut dengan mandian air sejuk di percayai dapat meransang
kesihatan badan dan minda kita. Selain itu mandian dengan air panas di dapati mengurangkan
aktiviti organ dalaman badan manakala mandian dengan air sejuk pula dipercayai meningkatkan
aktiviti organ dalaman badan.
Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat mandian untuk diamalkan.

Mengeluarkan racun dan toksin dalam badan:
Mandi dalam air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius dapat
membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin.

Berendam didalam air panas pula dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah,
menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat
berfungsi dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Mandian air sejuk pula sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan saluran darah dan meningkatkan pula paras gula darah.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan
menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) kedalam air mandian. Ia bertindak sebagaiantiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduksehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan
menyegarkan kembali kaki yang keletihan. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titisminyak pati seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas itu basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia (Sukar Tidur)
:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah
insomnia atau memiliki masalah sukar untuk tidur. Masukkan kaki kedalam air sehingga ia merasa dingin.
Perubatan ini berguna bagi kaki letih, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

No comments: