Sunday, June 15, 2008

Kalendar Julian dan Gregorian

Tahun Syamsi (Solar Year) adalah sistem pembilangan hari dalam setahun bumi mengelilingi suria yang berjumlah sebanyak 365 hari bagi tahun basitah (biasa) dan 366 hari bagi tahun kabisah (lompat). Pembilangan ini berpunca dari lama masa bumi mengelilingi matahari selama 365 hari 5 jam 48 minit 45.30 saat (atau 365.2421909722 hari). Adakah lama masa yang tidak genap ini (365.2421909722 hari) boleh digunakan untuk menetapkan setahun secara hakiki? Tentulah tidak boleh kerana masakan kita boleh meletakkan nilai 5 jam 48 minit 45.30 saat sesuka hati pada mana-mana tahun yang kehadapan (next year). Maksud di sini ialah tidak boleh berlaku anjakan 5 jam 48 minit 45.30 saat ini dibawa ke tahun sesudah tahun yang baru berlalu (previous year). Sebagai contohnya tahun 2001 ke 2002 merupakan dua tahun yang masing-masing berjumlah 365 hari setahun. Ini adalah tetap melainkan jika tahun tersebut dianggap tahun lompat yang akan mengandungi 366 hari setahun.

Oleh kerana kesukaran untuk meletakkan 5 jam 48 minit 45.30 saat ini, maka hanya ada satu cara iaitu: bagi selama empat tahun berturut-turut nilai ini akan terkumpul menjadi 23 jam 15 minit 01.20 saat atau hampir bersamaan dengan satu hari suria (23 jam 56 minit 04.099 saat) walaupun masih ada sedikit ralat tetapi ralat ini sebenarnya boleh dibuang secara tidak langsung dengan membuat perhitungan astronomi kedudukan sebenar posisi matahari pada setiap 21 Mac ketika titik awal Hamal setiap tahun.

Oleh yang demikian itu, tidaklah dapat dikatakan bahawa matahari itu sememangnya berada pada tarikh 21 Mac di khatulistiwa sedangkan kadang-kadang mungkin 20 ataupun 22 Mac. Begitu juga titik terdekat (perihelion) yang kadang-kadang pada 2, 3 ataupun 4 Jan manakala titik terjauh (afelion) yang kadang-kadang pada 6, 7 atau 8 Julai setiap tahun. Anjakan ini mengambil masa yang lama untuk benar-benar ketara untuk menyebabkan satu koreksi atau pembetulan pagi pembuangan hari yang disebabkan oleh slight error masa 0.2421909722 hari tadi.

Perlulah diketahui bahawa kaum Romawi merupakan pengasas bagi kalendar suria ini tetapi mereka melalui satu zaman yang cukup lama untuk established sistem yang benar-benar boleh digunakan secara berkesan dan dapat mendisipkan manusia. Jika anda membaca sejarah komplot aristokrat di Rom pada masa lampau, akan diketahui bahawa terdapat golongan yang korup dan menyalahgunakan kuasa secara keterlaluan. Ini berlaku kerana sistem kalendar awal yang tidak bersistem di mana pada Kalendar Pompilius, jumlah hari dalam setahun adalah 355 hari (sama dengan kalendar lunar tetapi berbeza dari satu bulan ke bulan yang lain) menjadikan mereka menekan golongan bawahan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya tanpa menurut ketetapan hari.

Penyalahgunaan kuasa oleh golongan berkepentingan ini menyebabkan kemarahan Julius Caesar hingga beliau berusaha untuk mewujudkan satu kalendar yang agak accurate yang mengandungi 364 atau 365 hari bertujuan untuk mengatasi masalah birokrasi, protokol dan ketidakadilan golongan tadi mulai tahun 42 SM. Inilah tujuan bagaimana Kalendar Julian diwujudkan yang untuk mendisiplinkan kaum Romawi waktu itu yang hasilnya mereka menjadi salah satu bangsa yang cukup berdisiplin dan unggul di dunia.

Bertitik-tolak dari ini, kita juga akan membaca fakta sejarah berkenaan penggubalan sistem kalendar ini yang terkemudian yang bertujuan untuk mempersesuaikan dengan revolusi orbit bumi mengelilingi matahari. Soal kaum Romawi waktu itu masih menganggap matahari mengelilingi bumi merupakan satu persoalan yang lain kerana walau “matahari mengelilingi bumi”, jumlah setahun masih tetap 365 hari. Akan hal ini kita cuba tinjau sedikit bagaimana 365 hari ini didapati.

Manusia selalunya mencerap cakerawala untuk mendapatkan kepanjangan hari dan musim secara pasti. Justeru itu, kewujudan balaicerap akan lebih memudahkan penetapan jumlah hari dalam setahun ini (dalam konteks hari suria). Tujuan balaicerap purba bukannya seperti balaicerap moden di mana balaicerap purba tidak ada teleskop untuk mencerap bintang melainkan ia dibina untuk menjejaki satu-satu bintang yang berada segaris dengan satu saluran tiub yang memanjang dalam balaicerap (contohnya balaicerap purba Maraghah di Iran). Katakan pada ekuinoks di bulan Mac pada tahun tersebut, di mana matahari ditargetkan tepat membetuli pada saluran ini telah ditandakan dengan cat ataupun apa-apa penanda yang sesuai. Si pencerap akan menghitung detik ke detik sehinggalah matahari tepat membetuli kembali titik yang ditanda sebelum ini pada setahun yang berikutan. Hasilnya, kepanjangan tahun ekuinoks boleh diketahui dengan tepat, ini membolehkan sarjana seperti Al Biruni memperolehi nilai 365 hari 5 jam 46 minit yakni tercepat 2 minit 45.30 saat dari nilai moden. Ini amat dibanggakan!

Justeru itu, pengamat perkalendaran waktu itu sudah pasti saja memperolehi kepastian untuk cuba menetapkan jumlah hari bagi setahun kalendar adalah 365 hari. Bagi kalendar Julian yang diasaskan oleh Augustus Caesar pada tahun 8 SM telah ditetapkan setahun mungkin 365 atau 366 hari tetapi secara konstannya kaum Roman waktu ini meletakkan piawai 365.25 hari setiap tahun sedangkan mereka sama ada sedar atau tidak bahawa ralat ini akan menjadi sangat besar bagi beberapa kurun terkemudian! Bayangkanlah bagaimana perbezaan di antara 365.25 hari kalendar dengan 365.2421909722 hari suria tulen mempunyai nilai sekecil 11 minit 14.70 saat setiap tahun akan membesar sehingga 10 hari pada abad ke-16! Nilai sekecil 11 minit 14.70 saat mengambil masa selama 1280 tahun untuk menjadi 10 hari di mana hal ini telah disedari oleh seorang ahli kajibintang bernama Regiomontanus (1436 – 1476 M) apabila beliau mendapati titik sepatutnya matahari berada di buruj Hamal (Aries) telah berganjak 10 hari terhadapan dari 21 Mac yang sepatutnya yakni pada 12 Mac! Inilah permulaan kesedaran yang besar dalam dunia astronomi dan menjadi satu revolusi penyelarasan tarikh sedunia yang menyaksikan banyak negara Eropah hanya menerima perubahan tarikh ini berpuluh-puluh bahkan beratus tahun kemudian!!

Atas nasihat Christopher Clavius (1537 – 1612 M), ahli kajibintang Balaicerap Gereja Vatican maka Pope Gregory XIII (1572 – 1585 M) dari Bologna, Italy mencuba untuk memperbetulkan ralat 10 hari yang telah berlaku ini. Hasilnya, penyelarasan ini dicuba dengan memotong tarikh 5 Oktober hingga 14 Oktober 1582 (sebab itu tidak ada dalam kalendar Gregorian 10 hari ini!). Dengan itu, 4 Oktober 1582 dan sebelumnya merupakan taqwim Julian manakala dari 15 Oktober 1582 hingga ke masa kini dianggap taqwim Gregorian.

Dunia Islam tidak mengalami apa-apa kesan yang ketara atau sampingan dengan penyelarasan ini pada waktu itu kerana umat Islam memakai taqwim Islam secara teguh tanpa apa-apa gugatan walaupun tarikh 4 Oktober 1582, hari Khamis bersamaan 17 Ramadhan 990 Hijrah dan 15 Oktober 1582, hari Jumaat adalah bersamaan 18 Ramadhan 990 Hijrah yang bermakna umat Islam waktu itu tidak pun mengurangi hari mereka berpuasa selama 10 hari!!

Secara tegasnya, inginlah saya menyatakan bahawa tidak berlaku apa-apa masalah terhadap umat Islam seluruh dunia walau dengan adanya kalendar Masehi ini sejak berkurun-kurun yang lalu kerana kita telahpun sedia menggunakan taqwim lunar semenjak digubal secara rasmi (untuk segala apa jua urusan keagaaman) oleh Saiyidina Umar Al Khattab sewaktu beliau menjadi khalifah Islam yang ke-3 seawal-awal tahun 20 H atau 641 M lagi sedangkan kalendar Masehi telah mengalami masalah lebihan satu hari seawal-awal tahun 136 M (setelah 128 tahun kemudian) yang hanya berupaya dikesan pada abad ke-13 (mulai tahun 1288 M) dengan ralat 10 hari apabila diberitakan bahawa Roger Bacon telah menyedarinya lebih awal malah pernah menulis surat kepada Pope Urban IV (1261 – 1268 M, dari Troyes) dalam tahun 1263 M berkenaan masalah ini. Namun, cuma pada tahun 1475 M, Regiomontanus telah dialu-alukan oleh Pope Sixtus IV (1471 – 1484, dari Savona) ke Rom untuk membincangkan masalah pembentukan kalendar baru suria yang lebih baik menggantikan kalendar lunar namun beliau meninggal dunia sebelum dapat berbuat demikian yang mana tanggungjawab ini diserahkan kepada Christopher Clavius kemudiannya.

Menarik untuk saya catatkan di sini ialah ramalan pertukaran Kalendar Julian ke Gregorian telah diramalkan dengan tepat sekali oleh Michel de Nostradame @ Nostradamus (1503 – 1566 M) ahli astrologi terkemuka dunia dari Perancis dalam buku karyanya ‘Century’ dalam quatrain ke-XLII-nya: “Le dix Kalende d’Auril de faict Gotique, Refufcite encor par gens malins, Le feu eftainct affemblee diabolique, Cherchant les os du d’Amant & Pfelin.” (The tenth day of the April Calends, calculated in Gothic fashion, is revived again by evil people. The fire put out, the diabolic gathering seek the bones of Amant and Pselin.”). Maksud Nostradamus ialah pada tahun 1582 M, kalendar Julian ditukarkan kepada Gregorian (stail Gothic); 10 Kalend bagi April yang beliau maksudkan pula adalah hari ke-10 di mana ‘Kalend’ merupakan hari pertama bagi bulan Rumawi. Justeru apabila kalendar Gregorian diperkenalkan, 10 hari terpaksa dibuang yang mana kebanyakan penduduk Eropah mahukan ‘sepuluh hari mereka dikembalikan’ yang bermakna ia menjadi 1 April 1554 M (menurut tarikh Gregorian) iaitu hari Good Friday yang menjadi hari ‘ajaib’ bagi kebanyakan hari mereka. Pada tarikh 1 April 1554 M ini jugalah menjadi ‘masa ajaib’ terbaik Nostradamus memulakan mengarang bukunya ‘Centuries’. Maksud ‘Cherchant les os du d’Amant & Pfelin’ merujuk kepada kuasa penuh gereja Katolik (d’Amant: demon atau evil people) terhadap dirinya dan kepada penguatkuasaan ‘pengubahan tarikh’ itu.

Ingin saya memetik kembali perenggan di bawah dari rencana Dade Arinto:

“Kalender Julius Caesar diperbaiki Paus Georgery VIII setelah 16 abad, dan perbaikan itu sudah berlangsung 4 abad, karenanya sekarang wajar sekali timbul pendapat yang menyatakan pergantian musim tidak cocok lagi dengan penanggalan Masehi. Penanggalan inilah yang dimaksud ALLAH pada Ayat Suci:

9/37. Bahwa pengunduran (dengan kalender musim) ialah penambahan dalam kekafiran. Dengannya disesatkan orang-orang kafir. Mereka menghalalkannya pada satu musim dan mengharamkannya pada satu musim untuk menguasai bilangan yang ALLAH haramkan, lalu menghalalkan yang ALLAH haramkan. Dihiasi untuk mereka kejahatan amal mereka dan ALLAH tidak menunjuki kaum kafir.

Ingatlah bahwa sesudah tanggal 4 Oktober 1582 harus ditulis tanggal 15 Oktober 1582 dan selanjutnya. ALLAH melarang orang memakai penanggalan didasarkan atas pergantian musim, karena tidak permanen bahkan selalu makin berkurang waktunya, menguntungkan penduduk belahan utara untuk sementara tetapi merugikan penduduk di selatan untuk selamanya, apalagi di daerah kutub di mana satu tahunnya terdiri dari satu siang dan satu malam. Penanggalan itu menghilangkan nilai empat bulan terlarang yang pada awal abad 15 Hijriah hampir tidak dihiraukan oleh orang-orang Islam sendiri karena masih melakukan buruan di daratan Bumi pada bulan-bulan itu. Dan yang paling terkesan ialah bahwa penanggalan musim itu telah memperbanyak hari libur di antara masyarakat Islam, ditambah dengan wajib puasa pada bulan Ramadhan. Dinyatakan bahwa penanggalan musim itu selaku pengunduran yaitu mengundurkan jumlah hari setahun dari 355 menjadi 365 pada abad 15 Hijriah, dan dinyatakan penambahan dalam kekafiran karena penanggalan itu menyebabkan tanggal-tanggal penting dalam Islam jadi tidak menentu, tida ada kepastian. Penanggalan itu juga yang menyebabkan orang berlibur mingguan terbukti dengan nama Friday dan Sunday yaitu hari untuk libur lainnya waktu mana hukum Islam sulit terlaksana. Akhirnya pemakai penanggalan musim menghalalkan yang secara jelas diharamkan ALLAH itulah penambahan dalam kekafiran.”

Definisi saudara Dade menjadi menarik kerana membawa makna dalil Quran Surah At Taubah ayat 37 tersebut kerana firman Allah dalam ayat tersebut memang jelas dan benar bahawa tujuan orang Nasrani dan Yahudi mengubah perjalanan kalendar Julian ke Gregorian di atas jalan untuk sesuatu tujuan (baik atau jahat) yang mereka sendiri rencanakan (Nostradamus mengecop mereka sebagai evil people) namun begitu pengubahan ini bukanlah sahaja kerana tidak cocok dengan musim bahkan juga kerana titik awal Hamal tidak berada pada posisi sepatutnya di bulan Mac yang mana kaum Nasrani berhasrat untuk tidak mengubah perayaan BIDAAH SESAT mereka menurut kehendak mereka zaman-berzaman bilamana Rom dipengaruhi Kristian, maka anjakan tarikh Easter yang sebelumnya terikat dengan fasa-fasa lunar telah menimbulkan banyak masalah kepada mereka.

Oleh kerana ingin mempersesuaikan sesuatu yang sukar dipersesuaikan (difficulty to reconcile the irreconcilation), maka Council di Nicaea semenjak tahun 325 M lagi melalui penggubalan doktrin Kristian ortodoks telah memutuskan bahawa Easter mestilah jatuh pada hari Ahad (Easter Sunday) selepas bulan penuh Paschall pertama (Pesach atau Passover kaum Yahudi yang disambut pada bulan April setiap tahun Masehi bersamaan penghujung bulan Nisan Yahudi: tahun 2002 disambut pada hari Ahad, 7 April bersamaan 25 Nisan 5762 bagi kalendar Yahudi.

Inilah maksud Nostradamus kenapa beliau mengatakan sepuluh hari bagi bulan April telah dibuang yang merujuk kepada tarikh 1 April 1554 bersamaan 27 Nisan 5314 bilamana 10 April 1554 bersamaan 6 Iyyar 5314 telah dianggap terkeluar dari penghujung bulan Nisan untuk dianggap sebagai Passover.

Oleh kerana Easter Sunday berlaku selepas ekuinoks musim bunga 21 Mac yakni dalam awal bulan April tiap-tiap tahun maka sekiranya anjakan musim dibiarkan berlaku dalam Kalendar Julian yang telah banyak ralat ini (ralat 10 hari), lama-kelamaan Easter akan disambut pada pertengahan musim panas manakala hari Krismas akan dirayakan dalam musim bunga (tidak akan ada lagi White Christmas yang selalunya dalam musim salji di negara Eropah!).

Dalam ayat saudara Dade berikut:
“Sementara itu timbul pula perbedaan pendapat mengenai hari kelahiran Jesus yang dinyatakan 25 Desember, ada yang menyatakan 4 tahun sebelum tahun Masehi yang berlaku, hingga tahun 1990 kini haruslah ditulis tahun 1994.”

Memang terdapat perdebatan tentang kedapatan error dalam kalendar Masehi yang selama ini seluruh manusia di dunia gunakan. Hal ini merujuk kepada kriteria perbandingan yang telah dibuat dengan pentarikhan oleh Dionysius Exiguus, rahib kelahiran Syria yang menetap di Italy apabila kita membuat jujukan seperti di bawah:

Pentarikhan Exiguus Pentarikhan Kini Tahun Sekarang Tahun Sepatutnya
4 SM Kelahiran Isa 1990 1993
3 SM 3 SM 1991 1994
2 SM 2 SM 1992 1995
1 SM 1 SM 1993 1996
Kelahiran Isa 1 M 1994 1997
2 M 2 M 1995 1998
3 M 3 M 1996 1999
4 M 4 M 1997 2000
5 M 5 M 1998 2001
6 M 6 M 1999 2002
7 M 7 M 2000 2003
8 M 8 M 2001 2004
9 M 9 M 2002 2005

Pentarikhan di atas memberikan penjelasan bahawa menurut kaedah Exiguus, kelahiran Nabi Isa diperkatakannya adalah jatuh pada tahun 1 Masehi sedangkan menurut kajian sejarawan Barat sekarang, ia jatuh pada tahun ke-4 Sebelum Masehi. Hakikat ini telah memperlihatkan mereka (Barat) cuba sekali lagi untuk mempersesuaikan tarikh yang kita gunakan sekarang 2002 sebagai 2005! Masalahnya timbul lagi apabila mereka mengatakan tahun 0 tidak wujud dalam sejarah kalendar manusia! Ini amat memeningkan walaupun para ahli astronomi moden telah mewujudkan tahun 0 ini untuk memudahkan segala hitungan saintifik astronomi .

Memang amat tepat firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 36 bahawa orang-orang kafir sentiasa suka memandai-mandai dalam serba-serbi yang dalam erti kata untuk mempersusahkan segala perkara (bersifat evil people). Jika kaum Nasrani mengatakan tahun yang kita gunakan perlu ditambah tiga tahun kehadapan tetapi tidak dengan kaum Yahudi bilamana mereka fikir tahun 1999 adalah tahun 2001.

Cuba kita lihat fakta di bawah terhadap sambutan perayaan tahun baru ‘Rosh Hashana’ iaitu hari pertama bagi bulan pertama (bulan Tishri) dalam Kalendar Yahudi:-

11 September 1999 = 1 Tishri 5760
30 September 2000 = 1 Tishri 5761
18 September 2001 = 1 Tishri 5762
07 September 2002 = 1 Tishri 5763

Tidak terfikirkah anda bahawa ramalan Nostradamus:
“L’an mil neuf cent nonante neuf sept mois,
Du ciel viendra un grand Roi d’effrayeur,
Ressusciter le grand Roi d’Angolmois,
Avant apres Mars regner par bonheur.”

Maksudnya
“In the year 1999, seventh month,
From the sky will come a great King of Terror,
To bring back to life the great King of the Mongols,
Before and after Mars to reign by good luck.”

Seventh month atau bulan ke-7 (neuf sept mois) yang dimaksudkan oleh Nostradamus bukanlah Julai dalam ertikata literasi bahkan memang bulan September. Berdasarkan sambutan tahun baru Yahudi adalah dalam bulan September setiap tahun Masehi, tampak kepada kita satu bukti yang tersirat bahawa tarikh 11 September 1999 (1 Tishri 5760) menjadi satu perancangan mereka untuk meranapkan World Trade Center (WTC) di New York pada 11 September 2001 (23 Elul 5761) yakni seminggu sebelum perayaan tahun baru mereka pada 18 September 2001 (1 Tishri 5762)!!


Blok-blok batu di dalam piramid Giza, Mesir atau disebut ‘pyramid inch’ tersusun dengan begitu ajaib sehingga berupaya membuat perwakilan bongkah batu kepada tarikh 17 September 2001 pada penghujung laluan yang terbuka ke makam firaun untuk mengkhabarkan kepada manusia bahawa dunia akan mengalami peristiwa global terbesar selepas tarikh ini. Apakah peristiwa itu? Para ahli Falak Net dan Astronomi Malaysia sekalian tentu ada jawapan masing-masing dalam kepala. Mungkin!!

Sekian, wassalam. Hanya Allah-lah pembuka dan pemberi kebenaran kepada kita (umat Islam) terhadap segala perancangan jahat kaum musyrikin.
Wallahu'alam bil ghaib.

______________________________________________________________________


1. Kalendar Stail Lama (Old Style) - sebelum tahun 700 Sebelum Masehi.
2. Kalendar Pompilius - dimulai pada tahun 414 Sebelum Masehi (diasaskan oleh Pompilius)
3. Kalendar Julian - dimulai pada tahun 42 Sebelum Masehi (diasaskan oleh Caius Julius Caesar atas usaha Sosigenes)
4. Kalendar Julian II - dimulai pada tahun 8 Sebelum Masehi (diubahsuaikan oleh Octavius @ Augustus Caesar)
5. Kalendar Gregorian - dimulai pada 15 Oktober 1582 (diisytiharkan oleh Pope Gregorius XIII dari Bologna, Italy)

Saya perturunkan maklumat berikut:

Kalendar Stail Lama Kalendar Pompilius Kalendar Julian Kalendar Julian II
1. Martinus 31 hari 1. Januarius 29 1. Januarius 31 1. Januarius 31
2. Aprilis 30 hari 2. Februarius 28 2. Februarius 28/29 2. Februarius 28/29
3. Maius 31 hari 3. Martinus 31 3. Mars 31 3. Mars 31
4. Junius 31 hari 4. Aprilis 29 4. Aprilis 30 4. Aprilis 30
5. Quintilis 30 hari 5. Maius 31 5. Maius 31 5. Maius 31
6. Sextilis 31 hari 6. Junius 29 6. Juno 30 6. Juno 30
7. Septem 30 hari 7. Quintilis 31 7. Julius 31 7. Julius 31
8. Octo 31 hari 8. Sextilis 29 8. Sextilis 31 8. Augustus 31
9. Novem 30 hari 9. September 29 9. September 30 9. September 30
10. Decem 29 hari 10. October 31 10. October 31 10. October 31
Jumlah hari = 304 hari # 11. November 29 11. November 30 11. November 30
12. December 29 12. December 30 12. December 31
Jumlah hari = 355 hari # Jumlah hari = 364/365 # Jumlah hari = 365/366 #

Pada asasnya, kalendar moden pada hari ini adalah 'diangkatkan' dari kalendar Rumawi (Roman) yang asalnya mempunyai sepuluh bulan sahaja dalam setahun dikenali sebagai Tahun Roman Lama atau Old Style yang dimulai dengan bulan Martinus atau Mars (Mac) tetapi ditambahkan kemudiannya dengan Januarius dan Februarius yang dalam ertikata ia telah menolak kedudukan senarai bulan dari atas ke bawah (BUKANnya ditambahkan bulan Jan. dan Feb. selepas December untuk menjadikan Feb. bulan yang terakhir). Bulan ke-7 telah diberi dengan nama Julius oleh Julius Caesar selaku pemerintah Rumawi yang pertama. Beliau telah menambah satu hari bagi Disember. Kemudian, setelah Caesar mati dibunuh; Octavius menjadi pemerintah Rumawi ke-2 dengan menamakan dirinya Augustus Caesar. Beliau mengubah nama bulan Sextilis kepada Augustus (Ogos) dan menambahkan satu hari lagi pada Disember menggenapkan 31 hari.

Kita perhatikan apakah maksud asal bagi nama-nama bulan itu:-
1. Januari: nama bagi 'Janus', Dewa Penjaga bermuka dua kaum Roman yang 'mentadbir' permulaan segalanya dan penjaga gerbang kayangan.
2. Februari: 'Februs' atau 'Februalia' iaitu 'pembersihan', satu perayaan kaum Roman di mana bandar-bandar dan kuil-kuil mereka dibersihkan sepanjang bulan ini. Juga satu tempoh masa apabila korban dibuat untuk menyucikan dosa-dosa.
3. Mac: 'Mars', Dewa Marikh atau Dewa Perang kaum Roman. Juga menandakan kempen berperang yang dibatalkan kerana musim salji telah dimulakan kembali.
4. April: 'Aprilis' atau 'Aperire' yakni waktu bunga-bungaan menguntum di alamaya.
5. Mei: 'Maius', waktu bunga-bungaan berkembang di alamaya. Juga 'Maiores' (zaman lama Roman) dan 'Maia' Dewi Bungaan dan Tumbuhan kaum Yunani.
6. Jun: 'Juno' atau 'Junius', Dewa Jupiter (lelaki) Roman atau Dewa Zeus (lelaki) Yunani dan juga Hera (wanita) Permaisuri Syurga Yunani, isteri Zeus.
7. Julai: Julius Caesar, perwira dan pemerintah Roman terunggul.
8. Ogos: Octavius @ Augustus Caesar, Kisra Rumawi kedua yang terkemuka.
9. September: 'Septem' bermakna tujuh - bulan ke-7 bagi Tahun Roman Lama.
10. Oktober: 'Octo' bermakna lapan - bulan ke-8 bagi Tahun Roman Lama.
11. November: 'Novem' bermakna sembilan - bulan ke-9 bagi Tahun Roman Lama.
12. Disember: 'Decem' bermakna sepuluh - bulan ke-10 bagi Tahun Roman Lama.

No comments: