Tuesday, October 16, 2007

Angkasawan vs Pustakawan

baru2 ni kita di dihadiahkan satu lagi kebangaan negara bersempena dengan datangnya bulan syawal misi angkasawan pertama Malaysia telah berjaya di laksanakan secara langsung di kaca televisyen. memang gah...memang meriah...memang menakjubkan....teruja...terpaku....kagum...belum ada mana2 acara seperti ini (bolasepak mgkn) yang mampu menarik seluruh rakyat Malaysia menonton pelancaran kapal angkasa soyuz dari kazakhstan.....semua rakyat malaysia terpegun dan ramai yang mengalirkan airmata....memang mengharukan SEORANG rakyat Malaysia telah membuatkan kita seluruh negara menjadi begitu hebat....boleh dikatakan setanding dengan negara maju yang lain....malahan seorang bekas angkasawan dari Amerika berulangkali ditemuramah dan dengan bangganya menyebut perkataan melayu 'ANGKASAWAN Malaysia' sama macam Brooke ...macam Al Boquerqe...macam Sir Fredderick Weld...macam H. W. Thomson ....macam J.W.W. Birch.....semuanya pandai berbahasa melayu dan adat2 kita. Diyakini dan dipercyai kajian mendalam pastinya telah dibuat dengan teliti akan potensi negara2 di asia tenggara dan bagaimana projek angkasawan ini mampu menjana prasarana ekonomi dan sosial yang bakal melonjak. sudah tentu negara2 lain disekitar kita akan melihat dengan teliti misi ini serta bagaimana dan sejauhmana kita mampu menjayakannya. dengan adanya misi yang terbilang seperti ini sudah tentu memudahkan kita untuk meyakinkan pelabur asing dan sekaligus menjadi pemangkin perancangan untuk memajukan wilayah2 selatan dan koridor2 utara menjadi lebih rancak. waima negara2 islam asia barat juga melihat misi ini sebagai suatu kebangaan islam sejagat.

kehebatan negara kita dengan berbagai eksplorasi dan pendekatan seringkali menjadi perhatian negara lain. penerjunan kutub utara, ekplorasi solo kutub selatan, pelayaran laut solo dunia, pendakian everest, berbasikal merentasi benua, berenang merentasi selat, ....semua ini dilakukan atas nama modal insan. bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca. adakah dengan pendekatan yang telah dilakukan ini semua dapat meninggikan moral serta jatidiri rakyat Malaysia. setakat mana pencapaian yang bakal kita akan laksanakan lagi, mungkin apabila misi angkasawan ini mulai kendur kita akan ulang semula misi pelayaran kapal laut secara duo, kali ini mungkin terdiri dari seorang melayu dan seorang cina. maka akan gah sekali lagi seantero dunia kejayaan misi ini. ataupun mungkin akan ada misi baru yang belum pernah warganegara kita jayakan seperti melompat katak seluruh dunia oleh mana2 warganegara Malaysia (contoh shj). Maksud disini fokus kita kepada modal insan itu memang benar2 serius dan terancang. terdapat halatuju pembentukan kekuatan diri yang hendak ditanamkan pada setiap individu pada warganegara Malaysia. bukan sahaja boleh berdiri dan duduk sama tinggi rendahnya tetapi berani menghasilkan hujah bernas pada bangsa lain tanpa ragu dengan menggunakan bahasa malaysia dan didengar pula oleh bangsa lain dengan begitu yakin. lihat sahaja jepun, dan sekarang ini Iran yang begitu lantang dan diyakini setiap hujah mereka.

Malaysia juga telah menilai perkara ini dan baru2 ini kita telah dijadikan pusat penyelidikan nuklear yg bakal di bina di Pahang. ini bakal mendatangkan kesan yang besar dan timbul rasa hormat kepada bangsa Malaysia dan semakin di yakini akan kejayaan2 yang telah kita kecapi.
bagaimanapun sasaran kita dalam memberikan penekanan ini perlulah pada laluan yang betul. gejala sosial, rempit, buang anak, penderaan kanak2, seksologimania, rasuah, sempit agama, materialisme, dll semua ini tergolong pada sasaran dalam litupan 15-35 tahun. jika dilihat pada trend terbaru adalah kanak2 yang mula didorong utk melakukan sesuatu yang secara sinisnya sukar bagi golongan dewasa tetapi mampu dilakukan oleh mereka. cth: 3 kanak2 merentasi selat baru2 ini.

apa yang cuba disemai dan diterapkan disini adalah satu usaha baik bagi meningkatkan modal insan warga malaysia. kita ketepikan namewee....kita ketepikan batu burok...kita ketepikan babi melaka....kita ketepikan pencemaran alam.....fokus kita adalah jatidiri dan modifikasi pemikiran kearah mood jitu (solid) bangga menjadi warganegara Malaysia serta ke arah perpaduan kaum.

apa peranan pustakawan disini?

dari segi istilahnya dokumenkan/kumpulkan setiap apa yang telah dilaksanakan. simpan dan sebarkan melalui akses yang mudah di perolehi. apakah mungkin selepas ini ada pustakawan yang berkelayakan untuk menjadi angkasawan. tidak mustahil. apa relevannya pustakawan untuk pergi ke bulan? dan apakah hanya doktor dan jurutera shj yang layak mendapat tauliah untuk pergi ke bulan. apakah kriteria yang perlu ada bagi seorang pustakawan utk pergi ke bulan? jika dilihat tugas angkasawan kita di bulan, beliau hanya menjalankan ujikaji umum dan membawa bersama balang spesimen untuk dilihat tindakbalasnya.

No comments: