NEGERI Sembilan mencatatkan  kadar diabetes, kesihatan mental dan obesiti di kalangan dewasa tertinggi di  seluruh negara berdasarkan kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan pada  2006 lalu.  
 
Berdasarkan kajian itu, seramai 15.33 peratus penduduk negeri ini  yang berusia 18 tahun ke atas menghidap diabetes, diikuti masalah kesihatan  mental (21.10 peratus) dan obesiti (18.60 peratus).  
 
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan  Inovasi, Datuk Ismail Taib, berkata peratus bagi tiga penyakit itu  meletakkan Negeri Sembilan pada kedudukan pertama berbanding negeri lain  seluruh negara.  
 
Masalah kesihatan mental kanak-kanak dan remaja pada kedudukan kedua  seluruh negara iaitu seramai 31.20 peratus dikesan diikuti berat badan  berlebihan di kalangan kanak-kanak pada kedudukan ketiga tertinggi  berbanding negeri lain,? katanya.  
 
 
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan, Datuk Dr Awaluddin  Said (BN-Kota) mengenai status kesihatan rakyat negeri ini dalam Persidangan  Keempat (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri  Sembilan.  
 
Source © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits  Times Press (M) Berhad   
Thursday, December 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
No comments:
Post a Comment