KUALA LUMPUR - Lelaki bandar gemuk dan  berpenyakit!  
 
Itulah hasil kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan  Lelaki (MSASAM) yang mendapati 77 peratus lelaki yang berusia di antara 40  dan 70 tahun mengalami berat badan berlebihan di negara ini.  
Ekoran daripada masalah tersebut juga sebanyak 48 peratus daripada  golongan itu menghidapi darah tinggi, kencing manis (28 peratus) penyakit  jantung (12 peratus), prostat (30 peratus) dan 59.4 peratus mengalami  disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk.  
 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM), Datuk  Dr. Ng Yen Yen berkata, walaupun kajian tersebut diadakan di Subang dan  Kelana Jaya, Selangor, tetapi ia merupakan gambaran sebenar tahap kesihatan  lelaki di Malaysia.  
 
"Ini punca jangka hayat lelaki lebih singkat berbanding wanita iaitu  kira-kira lima hingga tujuh tahun dan berdasarkan penyelidikan ini  mendapati, sikap kaum lelaki terhadap kepentingan menjaga kesihatan juga  menjadi punca kepada masalah itu.  
 
"Keengganan untuk mendapatkan bantuan dan bimbang dianggap lemah  turut menyebabkan tahap kesihatan yang rendah, malah Akademi Pakar Perubatan  Keluarga Amerika mengesahkan terdapat 30 sikap yang boleh menyebabkan mereka  berisiko mend apat penyakit," katanya.  
 
Source: Copyright © 2008. KOSMO! Online.
Thursday, December 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
No comments:
Post a Comment